PERMAINAN TRADISIONAL: TENG-TENG

 





1.1 LATAR BELAKANG TENG TENG


-Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak.Ia dimainkan oleh lelaki ataupun perempuan, walaupun ianya lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada kanak-kanak lelaki kerana permainan ini lembut dan tidak lasak.

-Permainan ini hanya memerlukan gelanggang yang kecil sahaja dan mudah untuk didapati yang hanya dilukis dengan petak-petak di atas tanah ataupun di atas semen.

-Terdapat sembilan petak yang ditulis nombor 1-9 di dalam petak tersebut serta pemain perlu gundu(satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang)

-Antara kelebihan yang terdapat dalam permainan teng-teng ialah :

    -dapat fokuskan pada petak-petak tersebut

     -dapat mengimbangkan pergerakan kaki,tangan dan badan dengan baik serta mata yang sentiasa              fokus terhadap permainan ini

    -dapat mengisi masa lapang tanpa membazirkan dengan sia2

    


1.3 MENERANGKAN KEMAHIRAN ASAS SUKAN 

    1.3.1 Menjelaskan keperluan sukan 

      -Di kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah  sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah.Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.

      -Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja.Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.Permainan dijalankan mengikut urutan seperti rajah di atas.


1.3.2 Menerangkan Penggunaan Alatan Dalam Permainan

       1) Kapur putih/  ranting kayu

  


- Kapur ini digunakan untuk melukis gelanggang di atas jalan tar atau lantai simen di kawasan taman perumahan.

- Ranting kayu ini pula digunakan oleh kanak-kanak di kampung, dengan menggoreskan garisan di tanah sahaja.

 

    2) Gundu/Batu kecil

 



- Gundu / batu kecil adalah salah satu alatan yang digunakan oleh para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

- Gundu diperbuat daripada pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.

 

  3) Gelanggang


- Gelanggang teng-teng hanya dilukis di atas tanah atau jalan tar.

- Terdapat pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan.

- Ada petak teng-teng yang terdiri daripada 9 petak atau 8 petak. Kebiasaannya, mereka menggunakan 9 petak teng-teng dalam permainan ini.

 

  4) Undian

- Sebelum memulakan permainan ini, pemain harus melakukan undian untuk mengetahui pemain mana yang harus memulakan permainan dahulu. 

- Undian ini boleh dibuat dengan kaedah "lai la li tam plom" atau kaedah "gunting,batu,kain".


1.3.3 Menerangkan format  permainan dan pertandingan

1. Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 pemain.

2. Giliran untuk memulakan permainan ditentukan melalui undian/finger guessing.

3. Untuk memulakan permainan, pemain harus mancampakkan guni kecil/batu ke dalam petak pertama.

4. Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut dengan menggunakan kedua-dua kaki mereka.

5.Sebelum pemain melompat kembali ke garisan permulaan, dia harus mengutip guni kecil/batu yang berada di mana-mana petak dengan syarat iaitu satu kaki sahaja.

6.Jika guni kecil/batu tidak dapat masuk ke dalam petak atau pemain itu tersalah kaki semasa melompat ke dalam petak, maka markah yang diperuntukkan oleh pemain tersebut adalah berpandukan petak terakhir yang berjaya dilintasi olehnya dan giliran pemain seterusnya akan mengambil alih permainan.

7. Setiap petak yang berjaya dilintasi akan diberi 1 markah. Jika dapat melintasi semua petak termasuk mengutip guni kecil/batu dengan sempurna dengan perjalanan balik, markah akan diberi 1 markah. Pemain tersebut akan meneruskan giliran untuk mencampakkan guni kecil/batu ke petak seterusnya dan teruskan permainan sehingga berjaya ke petak terakhir..

8. Untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi, pemain yang berjaya melintasi semua petak yang disediakan akan menerusi dengan mencampakkan guni kecil/batu ke dalam mana-mana petak. Pemain yang berjaya mencampakkan petak 1 akan diberi 1 markah. Markah akan dibagi mengikut nmbr petaksehingga ke petak terakhir. 

 


1.3.4 : MEMPRAKTIK TEKNIK-TEKNIK ASAS SUKAN

Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh dunia dengan istilah berbeza yang menjadi asas kepada acara lompat jauh peringkat tinggi antarabangsa. Kemahiran melompat dalam permainan ini menyediakan pengalaman dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi sukan dengan kemahiran yang lebih tinggi. Biasanya permainan ini dimainkan oleh perempuan berbanding lelaki. Ini kerana permainan ini tidak begitu lasak dan hanya menggunakan kaedah lompat satu kaki dan dua kaki .




Permainan 'Teng-teng' ini juga boleh mengembangkan kemahiran imbangan dengan berdiri dengan menggunakan sebelah kaki tanpa bantuan.



1.3.5 MENERANGKAN STRATEGI SUKAN

  • Pemain hendaklah mencampakkan batu kedalam petak dengan cara membongkokkan badan
  • Pemain juga haruslah melompat kedalam semua petak dengan sebelah kaki kecuali di petak kesembilan dengan kedua dua belah kaki. Jika pemain terpijak garisan maka ia dianggap tersingkir
  • Setelah pemain tiba di petak kedua dan keempat, pemain dikehendaki memijak petak kedua dengan kaki kanan dan kaki kiri di petak keempat dan diteruskan ke petak ketiga dengan menggunakan sebelah kaki sahaja
  • Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak yang mempunyai batu samaada kepunyaan sendiri atau bukan. Jika ia berlaku maka pemain akan tersingkir



1.4  MENJELASKAN ASAS-ASAS KEPEGAWAIAN DAN KEPENGADILAN


1.4.1 Mengenal pasti ciri-ciri dan peranan seorang pengurus,jurulatih dan pengadil.


CIRI -CIRI JURULATIH

1)      Kecerdasan sukan/ Sport intelligence

Ciri jurulatih ini ialah, bersifat ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka. Selain itu, jurulatih juga dapat menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat. Jurulatih yang pandai telah melalui pelbagai pengalaman yang akan digunakan  sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet dan sukan.

2)      Dorongan / drive

Ciri-ciri jurulatih ini ialah, berorientasikan matlamat pencapaian. Cara jurulatih ini ialah, tidak akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi akan membuatkan ia berkesan. Jurulatih juga tidak mudah berputus asa untuk meneruskan usaha walaupun pelbagai rintangan dihadapi.

3)      Berpengetahuan

Jurulatih perlu menguasai peraturan-peraturan dalam sesuatu permainan, mahupun peraturan keselamatan.  Selain itu, jurulatih perlu menguasai teknik dan taktik , pengetahuan berkenaan isu sukan  supaya prestasi atlet dapat meningkat.


PERANAN JURULATIH

  • Pengatur strategi

Membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk mempastikan pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.

  •  Pengurus

Melibatkan kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan latihan.

  • Pendidik

Jurulatih berperanan memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada peserta. Selain itu jurulatih juga bertanggungjawab dalam mengarahkan perserta untuk melakukan sesuatu selain membantu menyelesaikan masalah yang melanda perserta.


CIRI-CIRI DAN PERANAN SEORANG PENGADIL: 

Pengadil adalah orang yang berkuasa, dalam pelbagai sukan, yang bertanggungjawab untuk mempengerusikan permainan dari sudut pandangan neutral dan membuat keputusan  yang menguatkuasakan peraturan sukan itu. 


  • - Melaksanakan undang-undang perlawanan.
  • - Mengawal  permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
  • - Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang.
  • - Mengenakan tindakan atau denda kepada pemain yang tidak mematuhi peraturan permainan


CIRI-CIRI DAN PERANAN SEORANG PENGURUS: 

Seorang pengurus yang berjaya akan dinilai melalui beberapa kualiti yang dipamerkan semasa menggunakan kemahiran dalam melaksanakan tugas pengurusan.

  • -Mengamalkan komunikasi terbuka.
  • -Mengadakan pengiktirafan objektif
  • -Membentuk kawalan berterusan
  • -Merancang
  • -Menyusun
  • -Memimpin
  • -Mengawal

1.4.2 Menghurai prinsip dan etika seorang pengurus,jurulatih dan pengadil.


PRINSIP PENGURUS, JURULATIH DAN PENGADIL

1.      Berpengetahuan yang luas dalam bidang sesuatu permainan masa kini.

2.     Menanggapi kesilapan pemain dalam apa jua keadaan.

3.     Mengenal pasti kebolehan dan kelemahan pemain tersebut.

4.  Jurulatih mestilah sentiasa menjaga fizikal badan supaya dapat memberi tunjuk ajar terhadap kesalahan yang di lakukan oleh pemain.

5.     Dihormati oleh pemain serta mempunyai disiplin dan daya usaha yang kuat.

6.   Jurulatih mestilah jujur dalam berkata-kata, janji-janji dan yang penting tidak ada pilih kasih diantara pemain-pemain.

7.    berfikiran kreatif,sanggup menerima kritikan dan tidak menggunakan kata-kata yang kasar.



ETIKA  PENGURUS, JURULATIH DAN PENGADIL

1.     Organisasi:  Berdasarkan kepada perkara-perkara latihan. Sediakan dengan lebih awal.
2.     Penerangan:  Gunakan perkataan yang mudah di fahami, jelas dan ringkas. 
3.     Demonstrasi:  Tunjukkan apa yang dilakukan / dipraktikan. Lakukan langkah bermain permainan dahulu.
4.     Aplikasi:  Latihan. Jangan kerap mengganggu. Sentiasa Bergerak. Berikan kata-kata semangat.
5.     Pemerhatian: Lihat pergerakan yang baik-beri galakkan.Kenalpasti masalah/kesilapan yang ketara.Berhenti.
6.     Pembetulan:  Memberitahu kesalahan. Tunjukkan cara yang betul. Tunjuk ajar langkah yang baru.
7.     Ulangan:  Pentingkan kualiti, galakkan kepelbagaian dan motivasi.
8.     Ansur maju:  Memperkenalkan idea-idea baru.Penilaian sekiranya tercapai, matlamat terlaksana.
9.     Variasi:  Lakukan langkah-langkah baru. Pemain di galakkan menyuarakan pendapat dan kreativiti.
10.  Penutup:  Pemain meluahkan pendapat yang ringkas. Memberi kata-kata semangat.


































































































































Comments

Popular posts from this blog

PERMAINAN TRADISIONAL: TENG-TENG